Anak tempatan Kuala Krai proses serbuk inai Karachi, Pakistan

Sinar Harian 2024-04-09

Views 37.9K

Anak tempatan Kuala Krai proses serbuk inai Karachi, Pakistan

BERITA SEMASA 9 APRIL 2024

Menyedari potensi besar inai sedia dipakai dalam pasaran masa kini mendorong seorang wanita tempatan dari Kampung Lebur, di sini, memproses serbuk pati daun inai yang diimport khas dari Karachi, Pakistan, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

Usahawan inai, Noor Anis Abdul Munien, 32, berkata inovasi inai daun ke cecair dalam tiub atau botol itu semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini selari dengan arus kemodenan yang berkehendakan semua hal lebih ringkas, pantas dan mudah.

Katanya, kerana lumrah wanita sukakan kecantikan dan perhiasan itu juga meningkatkan jualan terhadap inai sedia pakai yang diproses olehnya sebanyak tiga kali ganda dalam tempoh sebulan daripada 100 kilogram (kg) kepada 300kg pada musim perayaan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: amsound-anotherchance dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Aidilfitri #HariRaya #Inai #Kelantan #Usahawan

Share This Video


Download

  
Report form