Dua kali ditangkap basah, janda didenda RM4,000, enam sebatan

Sinar Harian 2024-04-17

Views 55.9K

Dua kali ditangkap basah, janda didenda RM4,000, enam sebatan

BERITA SEMASA 17 APRIL 2024

Seorang wanita berstatus janda dihukum enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada Rabu selepas disabitkan kesalahan berkhalwat kali kedua di sebuah rumah di Kemaman pada Januari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Tertuduh, berusia 37 tahun yang bekerja sebagai juruwang itu turut didenda RM4,000 atau lapan bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/659963/berita/semasa/dua-kali-ditangkap-khalwat-janda-didenda-rm4000-enam-sebatan

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #khalwat

Share This Video


Download

  
Report form