Pelajar didakwa cabul, cederakan kenalan wanita baru kenal sehari
BERITA SEMASA 31 MEI 2024
Seorang pelajar lelaki di sebuah institut kemahiran didakwa di Mahkamah Majistret Melaka pada hari ini, atas pertuduhan mencabul kehormatan dan mencederakan rakan perempuan yang baharu berkenalan sehari, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Tertuduh, Muhammad Akmal Nordin, 24, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah setelah kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan hadapan Majistret, Sharda Shienha Mohd Suleiman.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang perempuan berusia 21 tahun.
Kesalahan itu didakwa dilakukan ketika berada di dalam kereta di kawasan Jalan Ayer Keroh Lama, Melaka antara jam 10 malam hingga 12.30 tengah malam pada 15 April lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667657/berita/semasa/pelajar-didakwa-cabul-cederakan-kenalan-wanita-baru-kenal-sehari
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #cabulcederarakanwanita #mahkamah #Melaka