Syed Saddiq jawab soalan isu percintaan

Sinar Harian 2024-06-02

Views 23.3K

Syed Saddiq jawab soalan isu percintaan

BERITA SEMASA 2 JUN 2024

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan bahawa beliau enggan menjalinkan hubungan percintaan sewaktu di bangku sekolah kerana tidak mahu diketahui ibunya, Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz.

Beliau berkata, ketakutan bermula apabila hubungan percintaan abangnya diketahui Shariffah Mahani yang ketika itu merupakan seorang guru kaunseling sekolah.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media majlis pelancaran buku Jalan Tegak di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 bertempat di Pusat Dagang Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.

Pelancaran berkenaan turut dihadiri Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Firdaus Hussamuddin; Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf (GBK), Izzat Izhar Muhammad Nasir dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667973/berita/nasional/syed-saddiq-kongsi-jatuh-bangun-kerjaya-politik-dalam-buku-jalan-tegak

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #SyedSaddiq #JalanTegak #PBAKL

Share This Video


Download

  
Report form