Universiti perlu menjadi wadah awal bagi memupuk kesedaran berkenaan alam sekitar dalam kalangan mahasiswa.
Menurut Presiden Persatuan Ekologi Malaysia, Prof. Dr. Ahmad IsmaiI, ini kerana kesedaran awal yang dipupuk itu mampu membantu melahirkan masyarakat yang lebih cakna berkenaan alam sekitar sebaik sahaja mereka memasuki alam pekerjaan.