Pemilihan Bersatu: Perlis berdiri teguh di belakang Muhyiddin
BERITA SEMASA 8 JUN 2024
Bersatu Perlis menyatakan sokongan penuh kepada presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus kekal sebagai pemimpin nombor satu pada pemilihan parti tersebut yang dijangkakan berlangsung September depan.
Pengerusi Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, parti berkenaan masih mengharapkan sentuhan bekas perdana menteri itu untuk terus memimpin Bersatu yang telah menjangkau usia lapan tahun.
Menurutnya, Bersatu Perlis sentiasa bersiap sedia selain baru sahaja selesai membuat pemilihan di peringkat cawangannya pada tahun lepas.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #Bersatu #BersatuPerlis #MuhyiddinYassin