Kekhuatiran harga barang akan naik kerana apungan harga diesel akan mampu diselesaikan sekiranya pemantauan rapi dilakukan bagi elak peniaga ambil kesempatan. Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata bantuan kepada golongan sasar juga harus diluaskan.