Kementerian Sumber Manusia mempertimbangkan cadangan membuat laporan polis susulan isu tadbir urus Human Resource Development Corporation (HRD Corp) seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
Menteri berkenaan Steven Sim Chee Keong berkata setakat ini laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kementerian itu juga melaksanakan audit bebas oleh pihak ketiga ke atas HRD Corp.