Ketibaan kapal tentera laut Amerika Syarikat, USS Blue Ridge (LCC19) di Pelabuhan Klang pada Rabu menandakan komitmen Amerika Syarikat dalam memperkukuh hubungan dengan Malaysia.
Perkara itu disuarakan Pegawai Pemerintah Armada Ketujuhnya, Kapten Nicholas C. DeLeo, yang berkata aspek yang akan diperkasakan adalah ketenteraan dan keselamatan maritim yang terjalin dengan Malaysia sejak tahun 1957.