Silibus pendidikan di peringkat pengajian tinggi berhubung industri kanak-kanak kini tidak boleh lagi sekadar menghasilkan guru tadika semata-mata, sebaliknya ia perlu dikembangkan lagi sejajar dengan keperluan masa kini.
Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata, industri berkaitan kanak-kanak merangkumi pelbagai aspek, dan penyediaan tenaga mahir perlu lebih menyeluruh memandangkan golongan kanak-kanak adalah aset untuk negara.