Presiden Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohd Yusrizal Yusof berkata rakyat perlu dididik untuk menggunakan bantuan tunai yang diberikan oleh Kerajaan untuk menampung subsidi yang disasarkan semula atau membeli barangan yang harganya diapungkan. Jelasnya, sekiranya bantuan itu digunakan untuk tujuan lain seperti membayar hutang, maka rakyat akan merasakan diri mereka tidak dibantu. #DialogPoketRakyat