DITUDUH kurus kerana mengambil barang terlarang, penyanyi Hafiz Suip dilihat kurang senang dengan tohmahan yang dilemparkan netizen berhubung perubahan fizikal pada tubuhnya itu.
Menafikan tentang perkara itu, Hafiz, 34, sebaliknya memberitahu dia menjaga kesihatan selepas berdepan masalah slip disc sejak 2016.
Dalam masa sama, penyanyi lagu Awan Nano juga mengakui sudah penat menjadi hipokrit dan hidup dalam kepura-puraan seperti dahulu.