Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata 70% daripada keseluruhan kapasiti landasan tren penumpang tidak digunakan pada masa ini di Semenanjung Malaysia, dengan hanya 68 tren penumpang beroperasi di seluruh negara.
Sasaran telah ditetapkan dalam Dasar Pengangkutan Negara 2019 - 2030 untuk mencapai 40% penggunaan pengangkutan awam menjelang tahun 2030. #AWANInews