Pengasas Temasek Agro yang juga penternak kambing 'viral', Azroy Abdul Manaf mengakui kehadiran digital terutamanya di platform media sosial popular seperti Facebook dan TikTok memainkan peranan penting dalam kejayaan perniagaannya. Dia merupakan salah satu pengguna pelan pascabayar UNI5G Business. Dengan liputan luas UNI5G Business, beliau mampu mempromosi dan mengembangkan perniagaannya melalui TikTok secara live dari ladang kambingnya.
Unifi Business menawarkan pelbagai penyelesaian digital yang dapat membantu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) meningkatkan daya saing mereka di era digital ini. Dapatkan maklumat lanjut di portal Unifi Business.