Bagi menyemarakkan ‘Jiwa Merdeka’ sempena Hari Kebangsaan ini, TikTok Shop meneruskan komitmen untuk menyokong wawasan Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi yang dipacu teknologi serta peneraju serantau dalam ekonomi digital. Justeru, sehingga kini, TikTok Shop telah memperkasakan lebih 100,000 Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tempatan melalui digitalisasi, hasil kerjasama erat dengan kerajaan Malaysia sepanjang tahun ini.