Baru baru ini tular berkenaan laporan media yang mendedahkan kebocoran nota diplomatik yang dihantar Beijing kepada Malaysia, menyuarakan bantahan terhadap operasi syarikat Petronas di perairan Laut China Selatan.
Nota disiarkan media Filipina itu menunjukkan dakwaan Beijing bahawa penerokaan minyak dan gas Malaysia di Laut China Selatan telah memasuki sempadan perairan China.
Tentunya ini sedikit sebanyak mencetuskan persoalan berkenaan masa depan hubungan Malaysia-China. Ikuti kupasannya dalam AWANI Pagi.