Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) pada Khamis memutuskan beberapa perkara yang telah dipersetujui termasuk Peruntukan Khas Interim untuk Sabah dan Sarawak yang dinaikkan kepada RM600 juta berbanding RM300 juta tahun ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, kenaikan peruntukan khas sepertimana yang terkandung dalam Perkara 122D Perlembagaan Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu akan bermula pada tahun depan.