Serbuan Israel di Jenin sebabkan kemusnahan dahsyat

AWANI 2024-09-26

Views 44

Selepas mengakibatkan kemusnahan dahsyat susulan beberapa siri serbuan dilakukan ke atas bandar Jenin di Tebing Barat, rejim zionis kini berundur dari kawasan itu.

Menurut laporan agensi berita Wafa yang memetik kenyataan Pengarah Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Jenin, Bashir Matahin, serbuan yang berlangsung hampir 15 jam itu turut memusnahkan infrastruktur yang telah diperbaiki penduduk.

Share This Video


Download

  
Report form