Keracunan makanan: Exco arah heret pengusaha kantin ke mahkamah
Jabatan Kesihatan Perak diarah mengheret pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor, Ipoh ke mahkamah susulan kejadian keracunan makanan membabitkan 134 murid di sekolah berkenaan minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, pendakwaan di mahkamah akan dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/688586/edisi/perak/keracunan-makanan-exco-arah-heret-pengusaha-kantin-ke-mahkamah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #keracunan