Tanggungjawab memelihara kesejahteraan alam sekitar perlu melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, kata Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Alam Sekitar, Mohd Helmi Ahmad.
Menurut beliau, tanggungjawab ini bukan hanya terletak di tangan kerajaan, tetapi juga melibatkan sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO), pelajar, dan komuniti setempat.