96 ibu bapa tidak terlibat GISBH mohon pulangkan anak mereka
Seramai 96 ibu bapa kepada 174 kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) memohon agar anak mereka dipulangkan semula ke pangkuan keluarga masing-masing berikutan sudah hampir lebih sebulan tidak berjumpa.
Jurucakap Gerakan Pulangkan Anak-Anak Kami (GPAAK), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa, ia kerana anak-anak tersebut bukan diselamatkan oleh polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepertimana dikatakan media, sebaliknya ditahan, dipisah serta disembunyikan secara tidak sah dari segi undang-undang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/690745/berita/semasa/96-ibu-bapa-tidak-terlibat-gisbh-mohon-pulangkan-anak-mereka
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #GISBH