’Maha kaya’ masih mampu bayar cukai dividen, petrol tanpa subsidi - Pakar

AWANI 2024-10-21

Views 35

Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata golongan maha kaya yang dirujuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan Belanjawan 2025 masih mampu untuk menampung perbelanjaan peribadi meskipun selepas dikenakan cukai tambahan dan dikecualikan daripada menerima manfaat subsidi. Oleh yang demikian, tindakan kerajaan untuk mengenakan cukai dividen dan menarik subsidi petrol bagi golongan ini adalah murni dalam konteks merapatkan jurang ekonomi dalam kalangan rakyat Malaysia. #AgendaAWANI

Share This Video


Download

  
Report form