Perdana Menteri Ethiopia Dr. Abiy Ahmed Ali tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, yang merupakan kunjungan sulung beliau ke negara ini.
Pesawat yang membawa Abiy, bersama Wanita Pertama Zinash Tayachew Bere dan delegasinya, mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 8.30 pagi.