Bersatu akan bertanding PRN Sabah - Muhyiddin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum memutuskan kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijangka berlangsung tahun depan.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu akan lebih 'kuat' sekiranya bergerak secara gabungan berbanding tampil solo berdasarkan situasi politik semasa di negeri itu.
Beliau berkata demikian dalam rakaman program Interviu yang dihoskan Mohd Fazli Zainul Abidin baru-baru ini.
#BeritaSemasa #SinarHarian #Bersatu #PerikatanNasional #MuhyiddinYassin