Pendigitalan pastikan ketelusan tempahan fasiliti sukan

Sinar Harian 2024-11-05

Views 26.5K

Pendigitalan pastikan ketelusan tempahan fasiliti sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang membangunkan sistem tempahan secara dalam talian untuk acara berskala besar termasuk konsert bagi memastikan pengurusan tempahan yang lebih telus.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata beliau maklum isu dibangkitkan operator konsert yang berdepan kesukaran membuat tempahan konsert khususnya di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana slot sentiasa penuh.

Beliau menjawab soalan tambahan ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang ingin tahu apakah langkah diambil PSM untuk menampung permintaan tinggi bagi penganjuran konsert khususnya di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #Beritasemasa #KBS #parlimen #sistemtempahandalamtalian

Share This Video


Download

  
Report form