Isu akta tahanan rumah, Titah Adendum 'panaskan' Dewan Rakyat

Sinar Harian 2024-11-06

Views 2.6K

Isu akta tahanan rumah, Titah Adendum 'panaskan' Dewan Rakyat

Sesi pagi persidangan Dewan Rakyat kecoh seketika, selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bertikam lidah mengenai isu akta berkaitan tahanan di rumah dan Titah Adendum.

Pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 oleh Azalina, Takiyuddin mencelah dan bertanya mengenai justifikasi dan kandungan akta berkaitan tahanan di rumah itu serta sama ada wujud Titah Adendum seperti yang diperkatakan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #Beritasemasa #parlimen #RUU #Aktatahananrumah #titahadendum

Share This Video


Download

  
Report form