MOT teliti semula SOP soket elektrik, akui tiada piawaian khusus untuk bas - Loke

Sinar Harian 2024-11-07

Views 20.6K

MOT teliti semula SOP soket elektrik, akui tiada piawaian khusus untuk bas - Loke

Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) penggunaan soket elektrik bagi perkhidmatan bas berikutan ini tiada piawaian khusus mengenainya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, perkara itu turut diberi tumpuan dalam siasatan membabitkan insiden renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbit menggunakan soket di dalam sebuah bas ekspres di Pulau Pinang baru-baru ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/695218/berita/nasional/apad-keluar-larangan-sementara-guna-soket-dalam-bas-ekspres

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #MOT

Share This Video


Download

  
Report form