[TERKINI] Malaysia kecam Israel, desak PBB lindungi pasukan pengaman

AWANI 2024-11-09

Views 16

Malaysia mengecam keras serangan rejim Zionis Israel di Sidon, Selatan Lubnan pada Khamis, yang mengorbankan tiga orang awam dan mencederakan enam anggota pengaman Malaysia serta tiga askar Lubnan.

Malaysia turut menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan segera, tegas, dan bersepadu untuk menjamin keselamatan semua anggota pengaman PBB yang sedang melaksanakan mandatnya.

Share This Video


Download

  
Report form