[TERKINI] Agong pandang serius,titah isu buli tidak boleh berlarutan

AWANI 2024-11-12

Views 69

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memandang serius kes buli yang berlaku di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mengakibatkan seorang penuntut mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang.

Menerusi laman Facebook baginda, Sultan Ibrahim bertitah secara tegas bahawa budaya buli tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana perlakuan tersebut menjejaskan kesejahteraan pelajar serta mencemar reputasi institusi pengajian tinggi di negara ini.

Share This Video


Download

  
Report form