KOMPOSER terkenal Allahyarham Datuk S Atan sempat menulis tiga buah lagu baharu untuk seorang penyanyi wanita sebelum menghembuskan nafas terakhir pada petang Sabtu.
Adik Allahyarham yang juga penulis lirik iaitu Fatah Hasan said atau Belle, 66, berkata, projek lapan buah lagu itu menjadi kolaborasi terakhir mereka dan berasa ralat ia tidak dapat disiapkan seperti dirancang.
Bella juga memberitahu arwah abangnya itu memang sudah lama sakit namun tetap komited terhadap kerjanya sebagai komposer.