Inisiatif kerajaan negeri Sabah di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 bagi menoktahkan kemiskinan tegar telah mencapai matlamatnya pada 31 Julai 2024.
Usaha ini melibatkan pemurnian data program menoktahkan miskin tegar fasa satu 2024, yang melibatkan lebih 22 ribu ketua isi rumah (KIR) dan lebih 94 ribu ahli isi rumah (AIR).