Empat sekawan mengaku tidak bersalah rogol pelajar sekolah
Empat sekawan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Balik Pulau terhadap pertuduhan merogol seorang pelajar sekolah Tingkatan Dua di sebuah rumah pada 10 November lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Tertuduh, Mohammad Syaril Mohamad Roni, 24, Muhammad Syamir Sahimi, 20, Muhammad Shazwan Akmal Dzulkifli, 20 dan Mohd Adam Zulkifli, 25 membuat pengakuan tersebut atas pertuduhan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/697827/berita/semasa/empat-sekawan-mengaku-tidak-bersalah-rogol-pelajar-sekolah
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kesrogol #balikPulau