Seorang pelajar lelaki, mencuri perhatian ramai apabila dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Cemerlang

sinarplus 2024-11-26

Views 561

Seorang pelajar lelaki, mencuri perhatian ramai apabila dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Cemerlang dalam majlis penganugerahan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, George Town, Pulau Pinang.

Lebih membanggakan, pelajar yang dikenali sebagai Ahmad Khidir Ahmad Nazri berjaya membawa pulang lima anugerah sekali gus, termasuk Timbalan Ketua Pengawas, pelajar terbaik mata pelajaran, serta menduduki tempat pertama di kelas dan tingkatan.

Kejayaan Khidir bukan sahaja menjadi inspirasi buat keluarga, tetapi turut membuktikan bahawa seseorang mampu bersinar walaupun berada di tempat yang dianggap asing.

#pelajarcemerlang #pelajarlelaki #sekolahcina #anugerahcemerlang #sinarplus #lifestylesinarharian

Share This Video


Download

  
Report form