Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dijangka melawat mangsa banjir di Kelantan hari ini selepas selesai menghadiri Mesyuarat Kabinet.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat akan meninjau situasi semasa dan menyelaraskan bantuan yang diperlukan.