Polis kesan dalang sindiket curi kabel di Sentul, Kepong

AWANI 2024-12-06

Views 13

Polis sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Castelo, dipercayai dalang kegiatan curi kabel di sekitar Sentul dan Kepong sejak lima bulan lalu.

Dalam satu sidang media, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari pada Jumaat berkata ini susulan penangkapan lima individu dalam operasi di sekitar Lembah Klang pada 29 dan 30 November lalu berkaitan kejadian curi kabel di Jalan Lang Kuning, Kepong.

Share This Video


Download

  
Report form