Raihana Rosdan Miliki 8 Tadika, Cekal Bangunkan Empayar AQESYRA EDUQIDS

Nona 2024-12-26

Views 297

"Sejujurnya sebagai pengusaha tadika dan taska, tiada istilah Sabtu atau Ahad kerana kami sentiasa sibuk dengan pelbagai program. Cuma kadang-kadang saya bawa anak-anak bekerja untuk tunjuk apa yang Mama Papa buat setiap hari..."

Nekad meninggalkan kerjaya ukur tanah (surveyor) demi impian mahu menubuhkan perniagaan sendiri dengan suami, Raihana Rosdan kini bergelar Ketua Pegawai Eksekutif Aqesyra Eduqids Sdn Bhd.

Dalam tempoh yang singkat, ibu anak tiga dan isteri kepada Mohammad Faazil ini berjaya mendirikan lapan buah tadika serta taska cawangan Al Kauthar Eduqids, merangkumi program asuhan dan didikan awal kanak-kanak di sekitar Selangor. Kegigihan beliau mendapat pengiktirafan Nona Best Edupreneur Award dalam Nona Superwoman Award 2024 ✨

Solekan: Ann Karim

#majalahnona
#nonasuperwomanaward2024
#nonasuperwomanaward
#nonasuperwoman

Share This Video


Download

  
Report form