Kementerian Luar Palestin pada Ahad menyelar negara-negara yang menyokong penjajahan Israel dengan mengatakan mereka bertanggungjawab atas genosid yang berlaku di Gaza.
Menerusi hantaran di X, kementerian itu menyifatkan sikap membisu masyarakat antarabangsa mendorong Israel meningkatkan serangan terhadap penduduk awam Palestin.