Seorang suri rumah didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks melalui aplikasi Whatsapp pada 16 November lalu.
Tertuduh, Aniza Shakiera Ahmad, 36 tahun membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.