Seorang bekas pengurus besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dijangka akan dihadapkan ke mahkamah hujung bulan ini, berhubung kes rasuah membabitkan bekalan baja padi bernilai RM1.8 bilion.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 13 Disember tahun lalu.