Sandwic ham & cheese: Syarikat, pengarah didakwa guna logo halal tanpa kelulusan
Sebuah syarikat pembekal sandwic dan pengarahnya, mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen, Petaling Jaya pada Jumaat, masing-masing atas tujuh pertuduhan menggunakan logo halal dan cap dagangan tanpa kelulusan, pada 366 pelbagai jenis sandwic, dua minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.
Ewe Sarn Yeun, 65, yang turut mewakili syarikat Shake And Bake Cafe Sdn Bhd, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh dan Noor Ruzilawati Mohd Nor.
Artikel : https://www.sinarharian.com.my/article/709055/berita/semasa/syarikat-bekal-ham-cheese-sandwich-pengarah-didakwa-guna-logo-halal-tanpa-kelulusan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SyarikatSandwic #Didakwa #LogoHalal