[TERKINI] Dividen KWSP 6.30 peratus untuk simpanan konvensional dan simpanan shariah bagi 2024

AWANI 2025-03-01

Views 79

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen 6.3 peratus untuk simpanan konvensional dan simpanan shariah bagi 2024.

Kadar itu lebih tinggi berbanding 2023 yang mana dividen diumumkan ketika itu bagi simpanan konvensional adalah 5.5 peratus dan 5.4 peratus bagi simpanan shariah.

Ia membabitkan pengagihan masing-masing RM63.05 bilion untuk simpanan konvensional dan RM10.19 bilion lagi untuk simpanan shariah.

Share This Video


Download

  
Report form