Silap isi borang, mahkamah arah Along Cham lantik peguam syarie

Sinar Harian 2025-03-10

Views 20.6K

Mahkamah Rendah Syariah, Sepang pada Isnin mengarahkan pelawak, Along Cham melantik peguam syarie bagi mengendalikan kes pengesahan lafaz cerai taklik terhadap isterinya, Afreena Suhaimi, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi memutuskan demikian selepas mendapati terdapat kesilapan dalam dokumentasi difailkan Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 42.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/716863/berita/semasa/silap-isi-borang-mahkamah-arah-along-cham-lantik-peguam-syarie

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #AlongCham

Share This Video


Download

  
Report form