Satu lagi insiden penunggang motosikal dirempuh kereta yang melanggar lampu isyarat merah berlaku di Jalan Felda Sendayan, Nilai pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim, mengesahkan kemalangan ini membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dan dua motosikal.
Penunggang Honda Dash mengalami cedera parah manakala penunggang Yamaha LC cedera ringan.