JPN tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen sijil kelahiran

Sinar Harian 2025-03-13

Views 25.1K

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen sijil kelahiran dalam Ops Tumpang yang dijalankan serentak di empat negeri pada Selasa lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, modus operandi sindiket melibatkan individu yang bertindak sebagai pemaklum kelahiran dengan mengemukakan dokumen kelahiran palsu di kaunter JPN semasa pendaftaran.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/717442/berita/semasa/sindiket-pemalsuan-dokumen-sijil-kelahiran-tumpas

#SinarHarian #BeritaSemasa #JPN #pemalsuandokumensijilkelahiran #Putrajaya

Share This Video


Download

  
Report form