"Pihak polis dapati paip gas berada pada kedalaman 5.6 meter daripada paras jalan bermakna jarak antara paip gas dan paip kumbahan pada 1.6 meter. Keadaan fizikal paip ini tidak menunjukkan sebarang gangguan yang nyata," jelas Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Katanya pihak polis telah menjalankan siasatan dengan menggali semula laluan paip kumbahan yang dipasang oleh syarikat kontraktor dan mendapati paip ini dipasang pada kedalaman 2.1 meter daripada aras jalan sedia ada.