Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata salah satu usaha SPRM ialah membangunkan arahan baharu bagi menggantikan Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2009 Siri 1 No. 1 Tahun 2011.
Jelasnya usaha ini selaras dengan perkembangan dan keperluan semasa dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Arahan baharu ini dijangka dilancarkan pada penghujung tahun ini dan bakal menjadi penanda aras dalam memperkukuhkan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) serta mewujudkan tata kelola yang telus, profesional dan juga bebas daripada rasuah.