Panik tengok jubin lantai rumah tiba-tiba meletup atau tercabut?
Kes macam ini biasa berlaku disebabkan faktor termodinamik — apabila suhu naik, jubin mengembang. Kalau semasa pemasangan dulu tak ada ruang pelepasan ('expansion gap') yang betul, tekanan akan terkumpul sehingga akhirnya menyebabkan jubin meletup.
Pemasangan yang salah seperti guna pelekat tak sesuai, lantai bawah tak rata, atau abaikan faktor suhu turut jadi punca.
Bukan saja boleh membahayakan penghuni, tapi juga memerlukan kos pembaikan yang tinggi.
Penting untuk pastikan pemasangan jubin dibuat mengikut spesifikasi supaya elak insiden macam ni! ✅
#impiana #tipimpiana #impianakongsi #jubin #isusemasa