Malaysia memohon kepada Amerika Syarikat (AS) supaya memberikan ruang kepada semua negara ASEAN untuk mengusahakan penyelesaian berhubung tarif timbal balas yang dikenakan AS, melalui mekanisme hubungan dua hala masing-masing, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.