SPRM siasat Tan Sri didakwa terlibat pengubahan wang haram

AWANI 2025-05-08

Views 41

Seorang tokoh perniagaan bergelar Tan Sri disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan pemilikan saham Sapura Energy Berhad (SEB) bernilai RM500 juta.

Menurut sumber, siasatan turut menjurus kepada dakwaan rasuah berkaitan pelaburan yang dibuat selepas penggabungan Sapura Kencana Petroleum Berhad dan Sapuracrest Petroleum Berhad, yang kemudian dikenali sebagai SEB.

Share This Video


Download

  
Report form