Malaysia seru India, Pakistan berdiplomasi redakan ketegangan

AWANI 2025-05-08

Views 28

Malaysia menyeru India dan Pakistan untuk meredakan ketegangan dan kembali ke meja rundingan bagi mengelak sebarang krisis yang boleh menjejaskan kestabilan rantau Asia Selatan.

Menerusi kenyataan Kementerian Luar Negeri pada Khamis, Malaysia menggesa kedua-dua pihak kekal bertenang supaya dapat mengaktifkan semula saluran komunikasi yang membina.

Share This Video


Download

  
Report form